Monday, August 9, 2010

Salam Berpuasa



Puasa akan bermula dua hari kemudian, pada Hari Rabu. Sebagai non-muslim, kami akan menghadapi masalah untuk mencari makanan. Walaubagaimanapun, kami amatlah berterima kasih kerana setahu saya, kantin akan juga membekalkan makanan kepada kami semasa puasa yang sepanjang sebulan ini.


Saya telah melayari Internet untuk mencari maklumat tentang puasa. Dan saya mengetahui tujuan berpuasa pada dasarnya ialah untuk mendisplin keinginan dan nafsu yang terpendam pada manusia supaya mereka sentiasa berada pada landasan yang betul dalam segala tindak-tanduk mereka.


Selain itu, sifat-sifat yang baik pada manusia seharusnya dapat mengatasi sifat-sifat yang tidak baik supaya seseorang itu dapat kekal dalam landasan yang betul dan ini boleh dicapai melalui berpuasa.


Puasa dapat mendisplinkan aspek kerohanian manusia, adalah digalakkan ibadah puasa ini tidak seharusnya berakhir dengan Ramadan kerana kesan baik rohaniah ini dapat kekal untuk tempoh yang lama.


Saya teringat Hinayana (satu cabang dari Buddhism) yang mengamalkan amalan “tidak makan selepas tengahari”, amalan ini telah diamalkan oleh Buddha pada 2500 tahun dahulu. Dan amalan ini masih diamalkan oleh sebahagian Buddhist. Setahu saya, amalan ini hampirlah sama dengan amalan berpuasa iaitu amalan ini dapatlah mendisplinkan diri sendiri dan mendatangkan banyak manfaat.


Saya bersetuju dengan amalan berpuasa dan saya menghormatinya sebagai satu aktiviti agama bagi umat Islam.


Tetapi saya sangat tidak bersetuju dengan apa yang telah disampaikan semasa perhimpunan pada pagi ini. Saya berpendapat bahawa ayat-ayat yang sebegini: “orang yang tak berpuasa adalah orang gila."tidak harus disampaikan sebagai satu messej pada perhimpunan pagi ini.


Orang yang tidak beragama Islam dan tidak mengamalkan puasa pada dewan adalah lebih kurang 40 peratus. Adalah ayat-ayat yang sebegini sesuai untuk disampaikan tanpa menimbangkan perasaan mereka yang tidak berpuasa?


Saling menghormati adalah prasyarat kepada perpaduan.


Salam Satu Malaysia.

1 comments:

AnG aNg said...

“Saling menghormati adalah prasyarat kepada perpaduan. ”
对咯……他说出“orang yang tidak berpuasa adalah orang gila”时我才傻眼,不说全球有多少人不puasa,单说学院就有3-40%的人没有puasa了。
别人笑我太疯癫,我笑他人看不清啊……

Post a Comment

 

虎影虎踪 © 2008 . Design By: SkinCorner